Thursday 2 February 2012

Prasangka Baik atau buruk

Hadis Qudsi,
Allah SWT berfirman :

"Aku sentiasa mengikut prasangka hamba-Ku pada diri-Ku.
Jika dia berprasangka baik maka kebaikan pula yang mengikutinya.
Demikian juga jika dia berprasangka buruk maka keburukan pula yang mengikutinya."

(HR Ahmad, Muslim, Tabrani dan Ibnu an-Najar)

Jelas dinyatakan apa yang kita fikirkan akan terpantul balik kepada kita.
Berapa ramai orang zaman ini mempersoalkan takdir ALLAH SWT??
Bila terima ujian sedikit yang tidak memihak kepada dirinya, terus menyalahkan ALLAH SWT,sedangkan ada kebaikan yang ALLAH cuba sampaikan kepada kita yang perlu kita fikirkan.

ALLAH SWT berfirman :

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].

Ingatlah wahai muslimin, semua manusia merancang. Setiap daripada kita sentiasa merasakan perancangan kita la yang terbaik dan paling rapi.
Tapi kita kena ingat bahawasanya, Allah SWT juga turut merancang dan perancangan-Nya lah yang terbaik kerana Allah SWT adalah sebaik2 perancang.

Sama2lah kita berprasangka baik terhadap Allah SWT.
InsyaALLAH pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian.

Sebagai peringatan bersama.

Renung2kan dan selamat beramal.